Sunday, June 2, 2013

TINGGALKAN 3 PERKARA INI

Gambar Hiasan

SITUASI 1

*dalam stadium*

Samad : Entah apa-apa la pasukan A ni main. lagi2 player nombor
              96 tu. Makan rasuah ke woii ?

Said : A'ah la, aku pun ada dengar yang player ni kuat makan
          rasuah. Malam-malam pulak berkepit dengan makwe kat 
          night club. 

Samad : Entah la, dah la muka cam *carut* . Bosan ah aku camni. 

Gambar Hiasan

SITUASI 2

*di kedai kopi*

Samad : Aku dengar Datuk Q adun kawasan kita selalu jumpa Kak
              Pon hujung kampung tu. Mesti ada scandal.

Said : Bukan tu saja , samad. Wang berjuta-juta dalam syarikat
          X pun banyak masuk poket dia. Sebab tu bibik dia pun 
          boleh pakai BMW. 

Samad : Ye la. projek A tak siap-siap. Bini dia pun x boleh jaga, ada  
              hati nak jaga kampung ni. Pergi mampus lagi baik.
              PRU 14  nanti sumpah aku tak pangkah dia   -.-


Iktibar:

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, kerana sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari keburukan orang lain dan janganlah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati ? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

(Al-Hujurat {49}, ayat:12)


Tuesday, May 28, 2013

7 PERKARA MAKRUH KETIKA SOLAT


Gambar Hiasan

1. MEMALINGKAN TENGKUK KETIKA SOLAT KECUALI KERANA KEPERLUAN

Abu daud (909) dan lainnya meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:

"Allah Azzawajalla sentiasa menghadap hamba-Nya secara berdepan ketika sembahyang selagi hamba-Nya tidak berpaling. Sekiranya hamba-Nya berpaling, maka Allah berpaling daripadanya."

Nabi s.a.w telah menjelaskan hakikat berpaling dalam hadis riwayat Bukhari (718):

"Ia adalah suatu bentuk kecurian yang dilakukan oleh syaitan terhadap sembahyang seseorang hamba."

Namun, sekiranya ada faktor yang membawa kepada perlunya berpaling seperti memerhatikan musuh , maka ia tidak makruh. Dalilnya ialah hadis riwayat Abu Daud (916) dengan sanad sahih daripada Sahl bin Hanzoliah katanya:
"Setelah diiqamah untuk sembahyang Subuh, Rasulullah s.a.w bersembahyang dengan keadaan Baginda berpaling ke satu lorong."

Abu daud menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengutuskan seorang tentera berkuda ke suatu lorong pada waktu malam bagi tujuan mengawal. 

Hukum makruh ini berlaku jika berpaling berlaku dengan tengkuk, sekiranya ia berlaku dengan dada lalu berpaling dari arah kiblat, maka sembahyangnya batal. Manakala berkerling dengan mata tanpa berpaling , maka ia tidak mengapa.

Ibnu Hibban (500) menyebut dalam sahihnya tentang hadis Ali bin Syaiban r.a bahawa dia berkata:

"Kami datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu kami bersembahyang bersama Baginda.(Ketika bersembahyang) Baginda telah berkerling dengan hujung matanya kepada seorang lelaki yang tidak membetulkan sulbinya(belakangnya) ketika rukuk dan sujud. Lalu baginda s.a.w bersabda: Tidak ada sembahyang bagi orang yang tidak membetulkan belakangnya ( tidak bertoma'ninah ketika rukuk).

Gambar Hiasan

2. MENGANGKAT PANDANGAN KE ATAS

Al-Bukhari (717) meriwayatkan daripada Anas r.a, Nabi s.a.w bersabda: 

"Apakah gerangannya kaum-kaum yang mengangkat pandangan mereka ke atas ketika bersembahyang ? Kemudian Baginda menyambung lagi, Sama ada mereka berhenti daripada berbuat demikian atau disambar pandangan-pandangan mereka.

Imam Muslim (428&429) juga meriwayatkan hadis seumpama itu daripada Jabir bin Samrah dan Abi Hurairah r.a

3. BERMAIN-MAIN DENGAN RAMBUT DAN MEYISING HUJUNG BAJU KETIKA SEMBAHYANG

Al-Bukhari (777) dan Muslim meriwayatkan (lafaz Muslim) daripada Nabi s.a.w sabdanya:

"Aku diperintah supaya sujud di atas tujuh anggota dan aku tidak bermain-main pakaian dan mengurai-uraikan rambut."

Menurut As-Sunnah, pakaian yang dipakai hendaklah dilepaskan sebagaimana asalnya.

Gambar Hiasan

4. SEMBAHYANG KETIKA MAKANAN TELAH DIHIDANGKAN YANG MANA HATINYA TERINGIN MEMAKANNYA 

Hukumnya makruh kerana hatinya tertumpu kepada makanan tersebut yang menyebabkan hilangnya khusyuk ketika sembahyang.

Al-Bukhari (642) dan Muslim (559) meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a bahawa dia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila makanan malam sesorang kaum telah dihidangkan, di waktu yang sama sembahyang hendak didirikan, maka mulakan dengan makan dan janganlah dia gopoh (untuk pergi sembahyang) hingga selesai memakannya."

Gambar Hiasan

5. SEMBAHYANG DALAM KEADAAN MENAHAN KENCING DAN AIR BESAR 

Hal ini disebabkan dia tidak mungkin dapat khusyuk dan menghadirkan dirinya yang merupakan hak sembahyang yang perlu diberikan.

Imam Muslim (560) meriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa Rasulullah bersabda:
"Tidak sempurna sembahyang di hadapan makanan dan dalam keadaan dia menahan daripada kencing dan buang air besar."

Gambar Hiasan

6. SEMBAHYANG DALAM KEADAAN TERLALU MENGANTUK

Hal ini kerana keadaan tersebut tidak menjamin bacaan yang betul dan boleh membawa kepada lupa ketika sembahyang. 

Al-Bukhari (209) dan Muslim (786) meriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila seseorang kamu rasa mengantuk sedangkan dia ingin sembahyang maka hendaklah dia tidur terlebih dahulu hingga hilang mengantuknya. Sesungguhnya seseorang daripada kamu apabila sembahyang dalam keadaan mengantuk, boleh jadi dia ingin beristighfar tapi dia mencaci dirinya sendiri."

Gambar Hiasan

7. SEMBAHYANG DI TEMPAT BERIKUT 

1) Bilik air
2) Jalan
3) Pasar
4) Kawasan perkuburan
5) Gereja
6) Tempat sampah
7) Tempat unta duduk

Hal ini dibimbangi tempat-tempat tersebut terdapat najis atau boleh menyebabkan tidak khusyuk semasa sembahyang.

At-Tirmidzi (346) meriwayatkan:

"Nabi s.a.w telah melarang daripada bersembahyang di tempat buangan sampah, tempat sembelihan, kawasan perkuburan, dan kawasan laluan di tengah jalan, di bilik air, tempat-tempat unta duduk dan di atas kaabah."

At-Tirmidzi meriwayatkan sanad hadis ini tidak terlalu kuat.
Dan telah sahih satu hadis di sisi Ibnu Hibban yang menyebut:

"Bumi itu adalah masjid kecuali kawasan perkuburan dan bilik air."

Begitu juga sebuah hadis yang lain yang juga sahih di sisinya (Ibnu Hibban) yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi (348) dan lainnya : 

"Jangan kamu bersembahyang di tempat unta berbaring yang berdekatan dengan air."

Saturday, May 25, 2013

7 KATA-KATA ALLAH SEBAGAI PENGUBAT KECEWA

Gambar Hiasan

1. Anda berasa sedih dan murung ? 

Hubungi: Al-Quran (02:25)

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi buah -buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu". Mereka diberi buaha-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya."

Gambar hiasan

2. Anda rasa diri anda bergelumang dengan dosa ?

Hubungi: Al-Quran (39:53)

"Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa* semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

*rujuk Al-Quran (4:48)

Gambar hiasan

3. Anda tertekan atau stress dengan keadaan sekeliling ?

Hubungi: Al-Quran (13:28)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram."

Gambar hiasan

4. Anda mencari kedamaian  ?

Hubungi: Al-Quran (5:16)

"Dengan kitab itulah (Al-Quran) Allah menunjukkan orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan izinNya dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus."

Gambar hiasan

5. Anda mudah berputus asa apabila menghadapi kesulitan?

Hubungi: Al-Quran (94:05)

"Kerana sesungguhnya bersama-sama kesulitan itu ada kesenangan."

Gambar hiasan

6. Anda sentiasa kecundang dalam perkara yang anda buat ?

Hubungi: Al-Quran (12:87)

".......Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."

Gambar hiasan

7. Anda tiada tempat untuk meluahkan masalah anda?

Hubungi: Al-Quran (50:16)

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat lehernya."

     Sesungguhnya setiap kekecewaan dan masalah yang anda hadapi itu adalah sebahagian daripada ujian Allah S.W.T . Maka dengan itu, bersyukurlah apabila di uji kerana itu menandakan Allah menyayangi kita dengan menyedarkan kita daripada terus lalai dengan dunia ini.

Friday, May 24, 2013

KISAH SEORANG RAJA

Gambar Hiasan
   A'un bin Abdullah pernah menceritakan kisah seorang raja kepada Umar bin Abdul Aziz, Raja Mesir suatu masa dahulu. Kisah ini seperti memberikan teladan kepadanya.


     Pada zaman dahulu, ada raja yang memerintahkan rakyatnya membina istana yang gah, cantik dan hebat. Sebaik sahaja istana itu siap, raja itu pun mengadakan majlis perasmian. Seluruh rakyat jelata dijemput hadir.

     Pada hari perasmian itu, penyambut tetamu berada di setiap pintu masuk bagi menanyakan satu soalan. Kesemua penyambut tetamu itu menanyakan soalan yang sama iaitu, "Adakah kamu nampak apa-apa cacat cela pada bangunan istana ini? "

     Semua jemputan yang hadir memberikan jawapan yang sama, "Tidak".

    
      Majlis perasmian itu hampir tamat. Kelihatan sekumpulan anak muda yang memakai pakaian aneh tiba di salah satu pintu masuk. Penyambut tetamu itu bertanya, "Adakah kamu nampak apa-apa cela pada istana ini ? "     

     "Kami nampak dua kecacatan pada bangunan ini," jawab mereka serentak.

     "Kamu semua terpaksa kami tahan. Semua jemputan mengatakan istana ini sempurna tanpa cacat cela. Berbeza sekali dengan jawapan kamu," kata penyambut tetamu itu. Dia terus melaporkan hal itu kepada raja. 


     "Aku benci jawapan mereka. Bawa mereka menghadap aku sekarang," kata raja itu selepas menerima laporan daripada penyambut tetamu. Sekeumpulan anak muda tersebut dibawa menghadap raja. Sebaik sahaja mereka masuk ke pejabat pentadbiran diraja, raja terus menanyakan soalan, "Benarkah kamu nampak kecacatan istana ini?"

     "Ya, benar. Kami nampak dua kecacatan pada bangunan ini." jawab mereka.

     "Apakah kecacatan itu?, tanya raja lagi.

     "Bangunan ini pasti musnah dan pemilik istana ini pasti mati suatu hari nanti," jawab mereka.

    "Wujudkah istana atau binaan yang tidak hancur selama-lamanya? " tanya raja itu.


     "Ya ,Wujud," jawab mereka.

     "Bangunan apakah itu?" tanya raja bertubi-tubi.

     "Kehidupan dan binaan pada Hari Akhirat," jawab mereka semua.


     Raja itu  berfikir sebentar.

     Rupa-rupanya, sekumpulan anak muda itu adalah pendakwah agama yang benar. Sejurus selepas perbincangan, mereka terus mengajak raja itu memeluk agama Islam. Raja itu menerima dakwah anak muda itu di hadapannya dan memeluk agama Islam. 


     "Saya mahu berterima kasih kepada kamu semua kerana menyedarkan saya daripada terus melakukan kesilapan," kata sang raja.