![]() |
| Gambar Hiasan |
SITUASI 1
*dalam stadium*
Samad : Entah apa-apa la pasukan A ni main. lagi2 player nombor
96 tu. Makan rasuah ke woii ?
96 tu. Makan rasuah ke woii ?
Said : A'ah la, aku pun ada dengar yang player ni kuat makan
rasuah. Malam-malam pulak berkepit dengan makwe kat
night club.
Samad : Entah la, dah la muka cam *carut* . Bosan ah aku camni.
![]() |
| Gambar Hiasan |
SITUASI 2
*di kedai kopi*
Samad : Aku dengar Datuk Q adun kawasan kita selalu jumpa Kak
Pon hujung kampung tu. Mesti ada scandal.
Said : Bukan tu saja , samad. Wang berjuta-juta dalam syarikat
X pun banyak masuk poket dia. Sebab tu bibik dia pun
Said : Bukan tu saja , samad. Wang berjuta-juta dalam syarikat
X pun banyak masuk poket dia. Sebab tu bibik dia pun
boleh pakai BMW.
Samad : Ye la. projek A tak siap-siap. Bini dia pun x boleh jaga, ada
hati nak jaga kampung ni. Pergi mampus lagi baik.
PRU 14 nanti sumpah aku tak pangkah dia -.-
Iktibar:
"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, kerana sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari keburukan orang lain dan janganlah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati ? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
(Al-Hujurat {49}, ayat:12)

