![]() |
| Gambar Hiasan |
1. Anda berasa sedih dan murung ?
Hubungi: Al-Quran (02:25)
"Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi buah -buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu". Mereka diberi buaha-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya."![]() |
| Gambar hiasan |
2. Anda rasa diri anda bergelumang dengan dosa ?
Hubungi: Al-Quran (39:53)
"Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa* semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
*rujuk Al-Quran (4:48)
![]() |
| Gambar hiasan |
3. Anda tertekan atau stress dengan keadaan sekeliling ?
Hubungi: Al-Quran (13:28)
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram."![]() |
| Gambar hiasan |
4. Anda mencari kedamaian ?
Hubungi: Al-Quran (5:16)
"Dengan kitab itulah (Al-Quran) Allah menunjukkan orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan izinNya dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus."
![]() |
| Gambar hiasan |
5. Anda mudah berputus asa apabila menghadapi kesulitan?
Hubungi: Al-Quran (94:05)
"Kerana sesungguhnya bersama-sama kesulitan itu ada kesenangan."
![]() |
| Gambar hiasan |
6. Anda sentiasa kecundang dalam perkara yang anda buat ?
Hubungi: Al-Quran (12:87)
".......Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."
![]() |
| Gambar hiasan |
7. Anda tiada tempat untuk meluahkan masalah anda?
Hubungi: Al-Quran (50:16)
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat lehernya."
Sesungguhnya setiap kekecewaan dan masalah yang anda hadapi itu adalah sebahagian daripada ujian Allah S.W.T . Maka dengan itu, bersyukurlah apabila di uji kerana itu menandakan Allah menyayangi kita dengan menyedarkan kita daripada terus lalai dengan dunia ini.







Ujian setiap manusia berbeza-beza, tiada yg sempurna dalam hidup ini...
ReplyDeleteBenar puan,oleh itu kita mestilah redha kerana Allah tidak akan menguji kita melainkan untuk menaikkan darjat kita. In shaa Allah. Wallahua'lam
ReplyDelete